Peminat² CengkodokPolkadot

Thursday, October 6, 2011

Anwar al Awlaki

Heliu...pe cer? Sihat ke? Serunuk? Betul ke? No no no no way? Punca? Biasa² je. Erm CP hari ni nk bukak topik meletop. Pasal Anwar al-Awlaki. Laaaaaaa...sensitif bunyi nye ye. Ni bukan adik-beradik Anwar Ibrahim ye...ha...bace la nk taw!


1. Ramai yang mempersoalkan kewajaran Presiden Amerika Syarikat (AS) iaitu George W. Bush mengisytiharkan perang ke atas keganasan sebagai tindakan balas akibat serangan 11 September 2001 kerana pada pendapat mereka tindakan itu tidak ubah seperti meniru & mengalakkan aktiviti keganasan.

2. Tetapi rupanya ada helah pengisytiharan sedemikian rupa kerana ia digunakan sebagai dalil untuk menceroboh Afghanistan dan Iraq. Kewajaran menggunakan kaedah pengeboman kapal terbang tanpa pemandu (UAV) yang banyak mengorbankan nyawa orang awam terutama di Afghanistan juga dipertahankan oleh Washington dengan alasan Afghanistan adalah medan peperangan. Begitu juga dengan pembunuhan Osama Bin Laden dianggap wajar kerana Washington melabelkan Osama sebagai seorang militan yang sedang berperang dengan AS.

3. Tetapi pembunuhan seorang lagi pemimpin kanan al-Qaeda iaitu Anwar al Awlaki beberapa hari lepas di Yemen menimbulkan keraguan di kalangan rakyat Amerika dan masyarakat antarabangsa, apakah Washington telah melampaui batas akibat terlalu ghairah memburu militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.

Oleh kerana Awlaki adalah rakyat Amerika maka timbul keraguan terhadap kesahihan program pembunuhan tanpa bicara yang diarahkan oleh Presiden Barack Obama kerana dikatakan tidak menghormati hak Awlaki.

Keadaan menjadi bertambah kalut kerana operasi pembunuhan melalui pengeboman UAV berlaku di Yemen yang sukar ditafsirkan sebagai medan peperangan.

Jika timbul pertanyaan mengapa Osama perlu dibunuh kerana mereka yang terlibat dalam operasi tersebut dikatakan mempunyai banyak ruang untuk menahan beliau tanpa dibunuh, persoalan sama juga timbul terhadap Awlaki.

Berbeza dengan negara tempat Osama dibunuh yang dikatakan mempunyai organisasi perisikan yang tidak sehala dengan AS, operasi mengintip pergerakan Awlaki dilakukan dengan kerjasama kerajaan Yemen.

Sebab itu dikatakan hak Awlaki sebagai rakyat Amerika langsung tidak dihormati kerana tidak diberi peluang membela diri. Memang benar Awlaki dianggap sebagai ketua al-Qaeda yang merancang keganasan di Semenanjung Arab dan dipercayai mempunyai hubung kait dengan Nidal Hasan yang membunuh 13 rakyat Amerika di pangkalan tentera Fort Hood, Texas pada 2009.

Begitu juga dengan cubaan mengebom pesawat AS oleh Umar Farouk Abdulmutallab pada Disember 2010 dikatakan ada kaitan dengan Awlaki.

Tetapi kaitan Nidal Hassan dan Umar Farouk dengan Awlaki tidak pernah dibuktikan secara sahih dan dikatakan sebagai tuduhan semata-mata. Tuduhan sebegini adalah begitu jelas kerana terdapat banyak rakaman yang menjerumus kepada seruan yang begitu radikal.

Menjadi kemusykilan apabila hanya kerana ceramah dan seruan Awlaki sudah cukup untuk membenarkan operasi pembunuhan tanpa bicara. Isu kemusykilan tersebut telah dibawa ke mahkamah oleh ayah Alwaki iaitu Nasser pada tahun lepas apabila diketahui bahawa anak beliau tergolong dalam kumpulan yang boleh dihapuskan oleh tentera AS.

Pentagon mempunyai peluang untuk membuktikan penglibatan Awlaki dalam aktiviti keganasan, tetapi Setiausaha Pertahanan AS ketika itu Robert Gates berhujah bahawa kesemua maklumat tersebut adalah rahsia untuk melindungi kaedah operasi perisikan.

Hakim bersetuju dengan hujah itu dengan keputusan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencampuri urusan operasi ketenteraan.

Operasi membunuh Awlaki juga meragut seorang lagi rakyat Amerika iaitu Samir Khan yang baru berumur 25 tahun yang pada ketika itu berada dalam kenderaan dinaiki Awlaki. Samir Khan tidak pernah dikaitkan dengan sebarang aktiviti keganasan kecuali menjadi pengendali lelaman sesawang dan majalah Inspire yang pro al-Qaeda.

Awlaki yang dilahirkan di New Mexico dianggap sebagai rakyat Amerika pertama dilabel sebagai musuh negara yang membenarkan dibunuh oleh tentera AS. Tetapi begitu ironis sekali kerana untuk memantau kegiatan subversif rakyat Amerika yang berada di luar AS, organisasi perisikan perlu mematuhi beberapa peruntukan perundangan yang ketat.

Sebagai contohnya Akta Perisikan Pengintipan Asing (FISA) memerlukan organisasi perisikan terlibat mendapatkan perintah mahkamah khas terlebih dahulu sebelum memulakan operasi intipan terhadap rakyat Amerika yang disyaki. Proses sebegini memerlukan hujah berlandaskan fakta dibentangkan di hadapan hakim.

Tetapi begitu longgar proses program pembunuhan tanpa bicara rakyat Amerika dapat dilaksanakan tanpa perlu membentangkan bukti di mahkamah terlebih dahulu. Mungkin ada kewajaran Awlaki dihapuskan dan tidak ramai akan mempersoalkan cara beliau mati, tetapi pembunuhan Samir Khan tidak boleh digunakan oleh Washington sebagai alasan kemusnahan kolateral yang tidak dapat dielakkan.

Ungkapan kemusnahan kolateral sering digunakan oleh Pentagon terutama sekali apabila begitu ramai rakyat Afghanistan yang tiada kaitan dengan Taliban atau al-Qaeda terkorban akibat pengeboman UAV.

No comments:

Post a Comment